BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Selasa, 11 Oktober 2011

Koleksi buku

aku sejak lagi kecil lagi minat sangat baca buku...hobi ni bermula masa aku sekolah rendah lagi...masa darjah 1 cikgu ajar cara nak pinjam buku dari perpustakaan dan sejak dari saat tu setiap minggu mesti aku masuk perpustakaan untuk pinjam buku...masa tu aku minat sangat buku cerita rakyat macam hikayat hang tuah dan hang jebat, lagenda mahsuri, sang kelembai dll...dengan peningkatan usia, buku cerita yang tebal jadi pilihan sebab yang tipis sehari je dah habis baca...so mula darjah 3 aku pinjam buku cerita yang tebal-tebal...masa ni minat sangat baca buku tulisan enid blyton, siri hardy boys, nancy drew...semua buku cerita penyiasatan dari luar yang dah diterjemahkan dalam bahasa melayu...memang khatam aku semua siri buku cerita tu...


melangkah sekolah menengah, minat pun mula berubah ke novel-novel cinta...biasa la remaja yang sedang membesar...kebanyakan pinjam dari kawan-kawan...nak beli sendiri tak cukup duit sebab duit belanja hari-hari cukup untuk beli makanan dan tambang bas je...anak peneroka la katakan...tapi anak peneroka sekarang dah mewah...tak macam zaman aku dulu...bosan dengan novel cinta aku beralih balik ke perpustakaan sekolah...pinjam buku nukilan usman awang, a samad said, keris mas dll...sampai kawan-kawan suruh ambil aliran sastera je masuk tingkatan 4 nanti...hehe...seronok baca karya diorang ni...penuh dengan bahasa yang puitis...cerita yang paling terkesan kat aku ialah novel rimba harapan karya keris mas...kisah kesusahan orang melayu di pahang zaman 50an dan 60an dulu...berkali-kali dah aku baca novel ni...

ni muka depan buku rimba harapan versi english...

habis zaman sekolah, aku masuk fasa universiti lak...masa ni aku tersangat la "rajin" nak pergi perpustakaan kat UiTM atau nama ringkasnya PTAR...rasanya pergi PTAR tu bila nak cari buku rujukan atau ada tugasan yang diberi oleh pensyarah yang memerlukan aku rujuk buku yang banyak...kalau tak memang tak pergilah...study pun dalam bilik jer....so masa ni aku dah start minat baca novel english...yela buku rujukan pun semua english terasa nak gak baca novel english...buku english pertama yang aku baca ialah siri novel Harry Potter...nampak kebudak-budakkan lak....haha...dari situ minat baca novel english mula meresap dalam diri...sampai sekarang kebanyakan koleksi novel aku lebih kepada novel english...buku berilmiah ada gak aku baca...terutamanya buku motivasi...nanti dilain entry aku akan ceritakan sinopsis buku-buku yang pernah aku baca....

koleksi buku cerita harry potter...

nota kaki: bila dah kerja ni masa nak baca buku amat terhad...kat rumah tu ade 3 buah buku lagi yang aku tak habis baca...tunggu students cuti semester la baru sempat nak membaca semula...hehe

1 comments:

Wayne berkata...

hello,

minat siri salma ye?jom join sini https://www.facebook.com/SiriSalmaMalaysia

Catat Ulasan