BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Selasa, 25 Oktober 2011

Cerita hujung minggu #4

Cerita hujung minggu aku kali ni adalah pasal perjalanan aku ngan my bie balik Kuala Terangganu...nak di jadikan cerita sepatutnya kami balik Jitra hari Ahad tapi disebabkan cuti aku yang tak lulus terpaksa lah kami balik Jitra hari Sabtu...pukul5 lebih baru gerak balik...sampai rumah dekat pukul 3 pagi...my bie je la yang drive sepanjang perjalanan...

Kitorang bergerak balik hari Jumaat pagi...singgah sebentar kat rumah sewa my bie kat Kulim untuk hantar beberapa barang kegunaan beliau...ingat kat Kulim dapat makan breakfast Mc D yg rm4.50 satu set tu...sekali dia kira hari Jumaat tu weekend lak kat situ...haish...kilang ikut Penang lak weekend Sabtu Ahad...kena la bayar mahal sikit...siap beli breakfast set A untuk bekal perjalanan lagi...ngeeee....

nak balik dari Jitra ke Kuala Terengganu kena lalu jalan raya timur barat...ni kali ke3 aku lalu jalan ni...lepas ni puas la aku menghayati pemandangan hutan dan gunung ganang kat sini...sebab nak balik KT kena lah lalu situ kan...hehehe...pemandangan dia memang sangat lawa...subhanallah...segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam...biasa kalau lalu sini kitorang suka sangat berhenti kat RnR yang betul-betul berada di puncak titiwangsa...walaupun udara tak sesejuk Cameron Highland atau Genting Highland, tapi pemandangan memang memukau sebab pokok-pokok masih banyak lagi, hutan-hutan belum digondol lagi...

lawa-lawa lak bunga dia tanam kat sini

gunung-ganang saujana mata memandang...

aku yang tengah menghayati pemandangan...

my bie yang payah beno nak suruh senyum time amik gambar...

kami...alamak bie ni silau ke?...hehe

sampai kat KT my bie ajak singgah makan colek kat tepi pantai lak...sebab aku cakap aku lapar...hehe....memang sedap betul...aku amik ketam seekor, sekali harga dia mak ai rm12 seekor...da amik bayar je la kan...nasib sedap...haha...malam pergi makan sup belut lak...aku memang pantang nampak belut...tak kira la masak pe...semua aku makan jer....lalala...

hari sabtu pagi operasi membeli keropok lekor...memang tak sah balik KT kalau tak bawak balik keropok lekor...banyak gak borong...kitorang selalu beli keropok kat seberang takir...memang best la...yang buat lagi sedap sos dia...pergh...lapar lak bila aku ingat balik...haish...disebabkan perjalanan balik pada malam hari so tak ada lah gambar yang dapat snap...gelap maa jalan kat situ...

kalau ikutkan jalan raya timur barat ni banyak kisah-kisah tragedinya...dari awal pembinaan sehingga la kini...pembinaan jalan raya ni bermula seawal 1967 yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan...proses pembinaannya mengambil masa yang agak lama sebab pekerja pembinaan selalu diganggu dan diserang komunis yang sedang berusaha untuk berkuasa di tanah melayu...pembinaan siap sepenuhnya dan dibuka untuk kegunaan orang ramai pada 1 julai 1982...tu pun dengan kawalan keselamatan dari tentera...sesiapa yang nak lalu kena lapor diri kat pos kawalan semasa masuk dan keluar...perjalanan pun hanya dibenarkan pada waktu siang je...malam jalan ditutup sehingga tahun 1989 baru la kawalan keselamatan dimansuhkan lepas komunis menyerah kalah...ada tugu peringatan yang dibina untuk memperingati pelbagai tragedi yang berlaku, tapi masa aku lalu tugu peringatan tu dah hampir rosak...nampak sangat tak ada siapa yang ambil peduli dan pelihara...

nota kaki: kadang-kadang ada benda yang perlu kita ambil tahu dan fahami lebih-lebih lagi berkaitan dengan tanah air kita...kata orang tak kenal maka tak cinta...bila diingat-ingat balik macam-macam lagi sejarah yang ada kat Malaysia ni aku tak tahu, tapi aku akan cuba untuk ambil tahu...dengan mengkaji sejarah kita boleh tau susur galur negara tercinta ni...jangan sampai ada orang yang boleh perlekehkan negara kita ni...walaupun ada sesetengah sejarah yang cuba dipesongkan oleh orang-orang berkepentingan, tapi sebagai rakyat cubalah kaji dulu sebelum terima bulat-bulat...peace...

0 comments:

Catat Ulasan