BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Ahad, 25 September 2011

Pengucapan awam

Salah satu penilaian dalam kursus induksi yang wajib kena ambil ialah pengucapan awam...fuh walaupun kerja ngajar dan bercakap kat depan students tiap-tiap hari tapi bila nak kena berucap dan dinilai ni memang la berdebar-debar rasanya...sesi pengucapan awam aku ialah pada petang semalam...alhamdulillah dapat juga selesaikan dengan jayanya bila dapat respond dari audien...tak sangka lak dah lepas dah...

Tajuk pengucapan awam aku tu mungkin membantu sedikit sebanyak mengurangkan debaran didada...biasalah bila kita bercakap berkenaan sesuatu yang kita tahu dan audien tak tahu, boleh menambah lagi keyakinan kita ni...audien akan lebih ambil perhatian...

Tajuk pengucapan awam aku ialah asal usul...dengan menggunakan nama kampung yang agak unik dimana tempat aku membesar, aku cuba selitkan sedikit lawak yang pernah aku dengar semasa zaman persekolahan dulu...menjadi gak lawak aku tu...hehe...tapi seronok kan kalau kita berucap berkenaan perkara yang unik dan jarang orang tahu...aku mulakan dengan sejarah bagaimana kampung aku DESA TEMU JODOH mendapat nama...memang aku rasa istimewa bilamana ke mana saja aku pergi yang memerlukan ditunjukkan ic orang pasti akan bertanya berkenaan nama kampung aku ni...kadang-kadang ada yang tak percaya lagi...cerita lanjut berkenaan asal usul nama kampung aku tu nanti akan diceritakan dalam entri yang lain...panjang sangat ceritanya nanti...

Lepas habis cerita pasal kampung aku sambung lak dengan asal usul CHAAH...CHAAH ni pekan dimana letaknya DESA TEMU JODOH...yang ni pun akan diceritakan dalam entri yang lain...lepas habis pasal pekan aku pergi ke daerah lak...daerah SEGAMAT...daerah yang pernah dilanda banjir yg teruk pada tahun 2006...masa ni kampung aku pun terlibat sama...memang jadi pulau kampung aku...syukur rumah mak ayah terletak agak tinggi kawasannya...tiada kenderaan yang boleh lepas untuk ke pekan berhampiran...terpaksa survive dengan stok makanan yang agak terhad...mujur gas tak habis masa tu...kalau tak macam mana la nak masak...

Tapi peristiwa tu jadi kenangan manis untuk sepupu aku yang dijadualkan bernikah semasa banjir besar tu...dia terpaksa balik rumah dengan menaiki lori sebab tiada kenderaan ringan yang boleh lepas mengharungi banjir yang melimpah atas jalanraya...memang boleh jadi cerita pada anak cucu nanti....LOL...last sekali aku cerita pula berkenaan asal usul nama negeri kelahiranku JOHOR...memang kadang-kadang aku ni bersikap kenegerian gak...tapi sekadar untuk merasa berbangga bila berjumpa teman senegeri...bukan sampai tak nak berkawan dengan orang dari negeri lain ya...

Nota kaki:kadang-kadang rasa geram gak bila orang ingat aku main-main bila diberitahu pasal nama kampung aku...tapi bila ditanya pasti aku akan tersenyum dulu sebelum menjawab...:-)

0 comments:

Catat Ulasan