BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Ahad, 29 Mei 2011

Pengangkutan awam di Malaysia

ok...kali ni aku nak cerita pasal pe aku tak puas hati sangat ngan public transport kat malaysia ni...bukan nak memburukkan...tapi dah memang kenyataan walaupun tak dinafikan terdapat gak syarikat-syarikat pengendali punblic transport yang tiptop service nya...

disebabkan keadaan aku yang sekarang ni berkhidmat jauh diperantauan, so sekarang ni aku boleh digolongkan dalam golongan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam yang agak tegar...disebabkan kos tol dan minyak yang makin melambung tinggi dan meningkat setiap tahun membuatkan aku berfikir 2, 3 kali untuk drive sendiri SAGA BLM aku tu balik ke kampung halaman...mau rabak poket...lalala...

nak dijadikan cerita 26 Mei 2011 yang lepas aku dijadualkan menaiki bas syarikat Shamisha Holiday dari Jitra ke Kuala Lumpur pada jam 4 petang dan dijadualkan akan tiba di KL kira-kira jam 10.30 malam hari yang sama dengan harapan aku akan sempat untuk naik star lrt ke bandar tasik selatan dan sekiranya bernasib baik menyambung perjalanan dengan erl ke putrajaya...kalau tak sempat naik erl pun at least takde la jauh sangat suami aku nak ambil aku naik motor kat bandar tasik selatan compare to puduraya...disebabkan tarikh tersebut juga adalah permulaan cuti sekolah, suami aku dah beli dah tiket tu awal-awal pada 18 Mei 2011 di kaunter stesen bas jitra...diulang sekali lagi beli kat kaunter okey bukan ngan ulat tiket tepi jalan....

so petang 26 Mei lepas habis kerja aku terus bekejar ke stesen bas...bas tiba agak lewat kira-kira jam 4.20 petang...its normal kalau naik bas kat Malaysia ni...tapi kalau penumpang lewat seminit pun diorang tinggal jer...takde perikemanusiaan langsung...seat aku yang tertera pada tiket tersebut adalah no. 19...bila naik bas sistem no yang digunakan berbeza ngan yang tertera pada tiket...ala yang no 1A,1B,2A,2B tu...bila aku tanya dengan pemeriksa tiket dia kate ikut no yang diorang tulis dengan marker pen kat sebelah label no seat tu...masalah berlaku lagi bila no seat aku dah ada penumpang lain yang duduk dengan menggunakan sistem no yang asal (no yang ada a,b,c tu)...korang nak untung lebih ke jual 1 seat kepada 2 orang penumpang???...bila aku ajukan masalah pada pemeriksa tiket dia suruh aku duduk kat seat belakangnya...aku ingat masalah dah selesai kat situ...

bila sampai di stesen bas alor setar, bas berhenti untuk ambil penumpang...kat sini la masalah sebenar bermula...ada penumpang lain bagitau seat yang aku duduk sekarang ni seat dia...aku beralah lah sebab dalam tiket dia memang terang-terang no seat yang aku duduk tu...sekali lagi aku ajukan masalah tu pada pemeriksa tiket...dia boleh lak bagitau ngan aku dia tak tau...HOI SAYANG, AKU NI PELANGGAN OK, TAK DE ORANG CAM AKU YANG SUDI NAIK BAS, KORANG TAK MAKAN OK...ELOK-ELOK LA LAYAN SUMBER REZEKI KORANG...mujurlah tahap kesabaran aku masih lagi tinggi dikala itu...aku dengan cool tunggu dia nak setel masalah tu...then akhirnya aku ngan sorang lagi penumpang lain dicampakkan untuk naik bas lain yang arah dan tujuannya hanya ke IPOH...aku yang dah panas hati aku marah la pemandu dan pemeriksa tiket syarikat BAS SHAMISHA HOLIDAYS...aku kalau tak disebabkan mengejar masa untuk sampai ke KL pada hari yang sama mungkin aku tak semarah tu...tahap amarah dan kesabaran aku memang diuji bila mana pekerja syarikat bas shamisha tersebut meyakinkan aku yang bas yang akan aku naik akan tiba dalam masa yang hampir sama dengan bas syarikatnya setelah aku memaklumkan situasi aku yang perlu tiba awal di KL namun kata-kata tu hanya janji kosong sahaja...bas tersebut bergerak dari alor setar pada jam 5.30 petang...aku dah mula tak sedap hati bila bas berhenti di Yan pula untuk mengambil penumpang...

alamat sampai lambatlah aku di KL...bila tiba di Ipoh, bas terus menuju ke stesen bas ipoh untuk menurunkan penumpang dan menyuruh penumpang yang ingin ke KL bertukar bas lain...masa tu jam tangan dah menunjukan pukul 10 malam...bas hanya bergerak ke KL pada jam 10.35 malam...tahap sabar aku dah sampai ke tahap maksimum...patutnya aku dah sampai kat KL dah pada waktu tu...aku pun sms kepada orang kaunter bas shamisha di jitra menyatakan betapa kesalnya aku menggunakan perkhidmatan bas syarikat mereka...memang aku boikot bas ko camni...tak lama selepas aku sms seorang wakil syarikat call aku balik bertanyakan hal tersebut dan aku dengan pantasnya menyatakan betapa aku kesal dan amat tak puas hati dengan perkhidmatan yang diorang dah berikan tu...memang agak pedas ayat-ayat yang aku gunakan...nasib ko la labu...

akhirnya pada jam 1.30pagi 27 Mei 2011 aku selamat tiba di KL...kesian suami aku yang datang jemput aku naik motor di awal pagi...dah la besok dia kerja...thanks my bie sebab susah payah datang ambil isterimu ini...love u my dear...ops... ter emo lak...haha...

ni la salah satu pengalaman buruk aku bila naik pengangkutan awam kat malaysia ni...belum lagi cerita bas rosak tengah jalan disebabkan syarikat bas tak buat preventive maintenance (PM), aircond rosak sepanjang 4 jam perjalanan, seat bas yang rosak dan uzur dsb...karang makin panjang entry aku ni...paling teruk ialah perkhidmatan awam yang saling tak berkomunikasi sesama sendiri sebagai contoh naik star lrt turun kat plaza rakyat perlu jalan kaki sejauh lebih kurang 1km untuk naik putra lrt di pasar seni...buatlah yang ada kesinambungan...baru lah rakyat rasa berbaloi nak guna perkhidmatan pengangkutan awam ni....

buat perkhidmatan bas express lak upgrade la sistem tiket korang...janganlah menyusahkan pengguna yang dah serba susah ni...kalau boleh buat sistem tiket dengan nama pengguna supaya seat yang dah dibeli tak akan dijual kepada orang lain lagi...macam naik kapal terbang tu...kalau ada sebarang kemalangan berlaku kan ke mudah nak tahu siapa mangsa yang terlibat sebab syarikat ada senarai nama penumpang...zaman sekarang dah canggih...tak kan nak labur sikit modal untuk bangunkan sistem tu pun tak boleh...untuk keselesaan, kemudahan pengguna @ pelanggan dan KAMU juga...

1 comments:

Nur Atiqa berkata...

tula pasal ase nak mengamuk jer..pas2 leh lak dye tanye kat mane beli tiket..btol ke nih tiket bas nih..cam pape ntah..

Catat Ulasan