BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Isnin, 31 Ogos 2009

Salam MERDEKA...

hr ni da 52 tahun Malaysia Merdeka....so semperna merdeka kali ni aku pun nak wish la hepi merdeka day 2 all malaysians...sape2 yg xngaku penduduk malaysia xyah la bace ni...huhuhu...

kat cni aku nak kongsi 1 link ngan korg...portal psl negara kt ni....so time ni la korg bleh imbas kembali sejarah negara...knl ngan tokoh2 negara...kenang jasa2 mrk2 yg da byk bjasa ms nak merdekakn negara kt ni...

http://sejarahmalaysia.pnm.my

Jumaat, 28 Ogos 2009

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Di sebabkan skrg ni bulan ramadhan so byk la email tentang fadhilat2 solat terawih...da lama da benda ni ada...tiap kali bln ramadhan ramai la yg dok forward email2 mcm ni...pas2 kbetulan hari ni aku agak free so try la search tentang fadhilat2 ni sume...juz curious nak tau kbenarannya...yela skrg ni mcm2 cara org kafir nak wat utk kelirukan kt umat islam...cam wujudnya al-quran bru yg da byk diubah suai isinya...so be carefull sume umat islam...kdg2 niat kt baik tp kt ttipu...

so nak dijadikan cite tgh dok search2 tur tjumpa kat website jakimpsl fadhilat2 solat terawih ni...tkejut gak...byk hadis2 yg digunakan dlm fadhilat2 tsebut hadis palsu yg x diketahui kesahihan nya....berikut sku d copy paste post psl hal ni kat website jakim...yg dikeluarkan sendiri oleh mufti terengganu...

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W."

sumber:
http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

so secara kesimpulannya kt sebagai umat islam jgn cpt sgt pcaya dgn wujudnya perkara2 sbegini...lebih2 lagi yg berkaitan dgn hadis2 dan dalil2...cuba cari dulu kesahihannya sblm pcaya mbabi buta...mmg solat terawih byk klebihannya...tp jgnlah kt wat sume 2 tanpa rasa ikhlas di hati dan secara tpaksa...sume ibadah yg kt lakukan buatlah secara ikhlas hati...bukan sbb mnunjuk dan utk riak...soal pahala dan ganjaranya kt serahkan kpd ALLAH YG MAHA ESA...DIA saje yg bleh tentukan itu sume...so slmt mjalani ibadah puasa...

p/s: bila bbuka biarla bpada...jgn mbazir dan hilangkan klebihan bln yg mulia ini...igt tujuan asal kt bpuasa...bkn krn tpaksa dan disuruh semata2...fikirkan hikmah disebaliknya...

Ahad, 23 Ogos 2009

hello every1...

agak lama da aku x update blog aku ni...agak bz ngan keje2 sharian...blk rmh da lpk...huhuhu...
exam ptd hr 2 xtau la nak kt camne....balun jer...pas exam smpt la gak g pusing2 jb...lama gile da x trn jb...da slalu g shah alam jer...negeri sndiri dlupakn...huahuahua...

pas2 last week aku g melaka lak...adik aku d interview...so sbb nak g jln2 skali aku pun amik l cuti hr 2...pas dier interview FT17 kitorg pun g ronde2 mlk...huhuhu...bjalan lg aku bln ni...

then last week gak aku g sgmt..mborong sakan...bli brg2 nak kawin da...psediaan awal 2 bgs...huhuhu....mcm2 gak bli...maklumlah gaji da msk...mmg syok kn...shopping ngan duit gaji...hehehe....

hr ni 2nd day pose...da nak raye da kn...pas raye aku nak konvo lak...pas2 bz nak kawin lg...hua...kursus kawin xg lg....byknyer event aku thn ni!!!!!!!!!....hopefully everything is alright...

Selasa, 11 Ogos 2009

Gaji...

akhirnya yg di tunggu2 pun dtg...huhuhu...pg td msk jer keje 1 thing yg tpikir nak cek gaji la...coz smlm da d yg kt da msk da...tp aku cek xder lg...so tgk la hr ni lak...alhamdulillah...msk da gaji...pkl 12am td...huhuhu...sukernyer...yela da kering tahap maximum da ni...isi minyak pun dok tkorek2 duit...so ble da dpt gaji ni mst d planning kn...
ok 1st bg kat mak...cian lak dia tiap2 pg wat breakfast utk aku...pas2 nak byr bil tepon yg dok mlambung da ni...bil streamyx lg...bajet simpan skit nak wat kawin...pas2 skit bli brg2 yg ptt...get ready dr awal...kurss kawin lg...byk gak nak guna ni...hah....hutang pinjam duit jgn lupa byr lak kn..
erm mcm2 lak planning ble da dpt gaji ni...hope next month jgn lmbt lg la...ssh nak wat budget gni...but gaji kali ni tlebih skit lak...tnya mbr dia kt mybe elaun g kursus hr 2...mybe kot...xkesah la...janji jgn kurang...

Khamis, 6 Ogos 2009

Excident???no...

weekend last 2 week aku g kuar ngan tunang aku...juz servey barang2 per yg patut...tp nak bli gaji x masuk lg lak...early preparation...xder la kelam kabut nanti...sume jd lupa...

so citenye ms otw blk rmh...ms tunang aku drive...mujur bkn aku yg drive..kalo x teruk gaknye..
ms otw tur d la follow 1 mpv ni..kat yong peng...tgh jln 2 mpv 2 pun bg la signal nak msk kanan...so tunang aku pun bg signal nak msk side kiri..mpv 2 pun belok...elok2 da half kete kitorg kat tepi mpv 2 bleh lak mpv 2 msk blk jln...xjd nak msk kiri...so dari kena langgar g la elak...

kebetulan jalan kat c2 agak licin coz tepi jln 2 der pusat pengumpulan buah kelapa sawit...bminyak skit la jln kat c2...ble da mengelak ke tepi jln ada pokok so tunang aku elak pokok 2 tbabas ke jalan raya arah bertentangan...syukur x der kenderaan dari sana masa tu...terhuyung hayang gak kete 2 nak dikawal coz jln licin berminyak...and then last kereta tu dikawal ble da masuk lorong tanah merah jln masuk ke kubur cina depan skit dari tempat kejadian.

alhamdulillah xder per2 tjadi...kete elok, kami pun x apa2...juz tkejut jer...pizza yang aku bli nak bwk blk rmh da tergolek kat seat blakang....mujur plastik dia berikat...kalo x da terhumban keluar gaknye...huhuhu...rezeki masih ada...

tp paling grmnye mpv yg salah 2 bleh lak blah jer terus wat xtau...mmg x der sivik langsung...yg baik juz der sorg driver lori jer yg kebetulan nampak kejadian tur tnya keadaan kitorg....masih ada lg rakyat malaysia yg prihatin rupanya..alhamdulillah...

so moral of this story jadilah pemandu yg berhemah dan jadilah seorg rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin...kalo da buat slh 2 pandai2 la mintak maaf...tp masalah skrg ni bleh kite jd pmandu berhemah org lain yg wat salah kt gak yg terima akibatnya...pas2 ble kt da wat salah nak mintak maaf, kt lak kena blasah ngan org yg kt da wat salah...so the 1st thing kat sini juz sikap...kalo sume rakyat malaysia pupuk sikap2 terpuji dalam diri mcm2 masalah kt ble elakkan...

Ahad, 2 Ogos 2009

In-House Training

jumaat hari tur aku bru jer wat 1st program kat sek ni...tp yg sedihnyer xdpt dijalankan sepenuhnyer coz internet ttiba xder...mmg grm..mmg skt ati...mmg aku dok kutuk abis2n org2 yg provide internet ni...tensen aku...kt nak mbudayakan ICT kat sek...srh aku wat aktiviti..tp tgk ble wat aktiviti jd camni per cite?...upgrade la skit perkhidmatan 2...bru la pengguna puas ati..grmnyer...

so hr 2 tpaksela aku wat muka seposen kat dpn bg talk jer...ntah pe2 ntah aku dok merapu kat dpn tur smapi aku tgk d ckg2 yg tdo kat blakang...hist ckg pun tdo dlm klas...kalo dia ngajo mrh lak student tdo dlm klas...tgh dok2 mbebel 2 GB dtg lak...alamak per la aku nak ckp ni kn...mmg wat muka xbersalah jer la...da mmg bkn slh aku...wat shuld i do if dat is not my mistake?...LAN sume ok...yg prob skrg ni WAN...out of my duty n range...sume 2 company provider pnya tanggungjawab...

ble cite psl internet xder...2mgu lps jd gni gak...aku dok call2 byk kali xdtg2 gak company yg provide tenet kat sek ni...smapai kena mrg da org GITN 2...grm aku...la ni jd lg..bru jer hari rabu hr 2 org TM dtg cek...per lg aku pun ngadu mcm2 la kat diorg...bgtau ble wat report no action dr pihak yg lg 1...camner aku nak wat keje camni?????....

wat everpun hope kejadian camni xbrulang lg...mmg patah semagat aku kalo jd gni lg...1st program jd mcm ni???sape xsedih beb...tensen aku...next program aku nak wat psl blog lak...kalo yg ni xder tenet mmg xbleh wat langsung...hope it will be better next time...as long as i can i will do my best...

i hate my 1st program so much....