BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Adv..

Isnin, 19 Disember 2011

Koleksi Buku #1 (Siri The Famous Five)

macam aku pernah post sebelum ni, aku akan review buku-buku cerita yang pernah aku baca...dari mula sekolah rendah dan aku mula kenal fungsi perpustakaan sampai la sekarang ni...ok mula ikut turutan la ya...tapi buku cerita zaman kanak-kanak macam si luncai, pak pandir, mahsuri etc tu tak perlu la aku review kan...macam kanak-kanak sangat lah pulak...haha...

buku cerita yang mula-mula aku minat sangat nak baca ialah siri The Famous Five...tapi aku baca versi bahasa melayu la kan...dalam siri bahasa melayu nama buku ni siri Lima Sekawan...penulis buku ni ialah Enid Blyton...buku ni ada 21 siri...so memang tiap-tiap minggu aku pergi perpustakaan untuk pinjam buku yang berbeza sirinya lah...nak bagi complete abis 21 siri tu...masa tu aku dalam darjah 3...belum abis darjah 3 dah abis dah aku baca semua siri...

buku cerita ni mengisahkan 4 orang sahabat baik yang merupakan 3 orang adik beradik dan seorang sepupu diorang yang sentiasa terlibat dengan pelbagai kisah misteri setiap kali cuti sekolah...yang membuatkan mereka ni bergelar 5 sekawan sebab sepupu 3 beradik ni ada bela seekor anjing yang jadi peneman setia diorang setiap kali mengembara dan menyelesaikan misteri yang mereka hadapi...maka bermula dari saat tu laah aku jadi amat berminat dengan buku cerita bercorak penyiasatan dan misteri ni...sampai cita-cita pun nak jadi polis sebab nak siasat kes-kes jenayah...haha...

berikut adalah senarai buku cerita dalam The Famous Five series:


so pada siapa-siapa yang berminat nak baca buku ni aku ada version english dalam bentuk e-book...kalau berminat boleh pm aku...nanti aku bagi...kata orang sharing is caring kan...sama-sama kongsi...

nota kaki: lepas abis siri ni aku beralih ke siri Nancy Drew dan Hardy Boys...memang layan la buku cerita macam ni...hehe

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam,sy adalah peminat cerita penyiasatan enid blyton,malangnya buku2 yg dibeli zaman sekolah tlh hilang dlm simpanan dan setahun lepas sy ada beli 5 sekawan versi bahasa melayu tetapi tidak lengkap 21 siri,buku2 ini telahberulang kali sy bc tanpa jemu seolah2 sy berada bersama mereka..sy mohon jasa baik pihak puan utk memberi kebenaran kpd sy utk membaca ebook yg puan ada..emel sy norsianti@unisel.edu.my terima kasih

sila1209 berkata...

wslm...maaf sebab baru baca komen...nanti sy akan emailkan...kebanyakan ebook dlm word...sy hanya ada versi english je...insya'allah mlm ni sy email..

Tanpa Nama berkata...

salam....puan saye pown berminat dgn ebook ni..boleh puan emailkan dkt azifahyusof@yahoo.com

sila1209 berkata...

wslm..maaf lambat reply...insya'Allah kejap lagi sy emailkan...

Catat Ulasan